By: HanAz ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 14-Jul-2009 03:52 Email | Share | Bookmark
emmmm..x der cite lain da......



semalam punya projek....alhamdulillah menjadi gak cheese kek nih....uihhhhh..resepi ni ambik kat myresepi dan ramai dah cuba kata sedap.....memang sedap dan berbaloi gak dok study kat myresepi tuh....gebu....lembut dan halus...TQ KAT TUAN PUNYA RESEPI TU....bawa kuar oven terus jer posing dan x sempat nak sejuk daaaaaaaa clear



SLICE CHEESE CAKE
sumber myresepi-onagiri

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

4-5 keping slice cheese (tambah beberapa keping lagi utk rasa lebih cheese)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila (guna pandan)

Cara-cara

1-- potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar

2-- kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3-- masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4--asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi,

5-- masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul

6--akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .

7-- bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.


ahad lepas pak dan mak sedara ayah abg we & ariz mai dari kg....dengan anak serta cucu dia....sepupu cik abang latuh.....singgah sat ja sebab diaorang hantar salah sorang anak utk masuk UITM...jadi singgah makan tengahari ja....
aduh x tahu nak masak apa sebab bagitau pun last minit je...masak apa yg ada lam peti ais je...
nak beli ayam pun selalu sgt masak ayam....boring arrrr.....buat masakan kampung ja lagipun mak/pak jang ni lebih suka ikan n ulam ....jadi buat yg ni ja la......masak nasi putih biasa ja....masak kari ikan pari dgn bendi.....pas tu bar ikan cencaru sumbat dgn daun mengkudu. ...sambal tumis sotong dan dan kerabu mangga dan ulam ulaman ja.....alhamdulillah kena citarasa mak/pakjang nih malah sepupu cik abg meneambah sakan.....emmmm dia kata sedap daun mengkudu tu walau pahit.. kalau orang darah tinggi elok la.....


semua org tahu masakkan kg camni tp sesaja letak gak resepi dalam buku resepiku ini..dan utk simpanan.. jadi semua sahabat yg berkunjung kat sini tu lalaikanlah.....




KARI PARI DGN BENDI

Bahan-bahan
2 ketul ikan pari(beli yg siap rotong balik potong jadi 6 ketul kecik)
1 bungkus kecil rempah kari ikan
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 bungkus santan (1 1/2 biji kelapa)
10 biji kacang bendi
2 biji tomato (belah 4)
5 biji cili muda

bahan tumis:
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu halba campur
2 tangkai daun kari
4 sudu minyak masak
2 sudu besar air asam jawa
1 kiub pati ikan bilis
garam secukup rasa

1-- Cara-cara Bersihkan ikan dan diketepikan.

2-- Bancuhkan rempah kari bersama sedikit air dan bahan kisar.

3--Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan pula bancuhan rempah kari

4--Apabila rempah garing dan naik bau, masukkan air asam jawa. biarkan seketika.
kemudian, masukkan separuh santan bersama sedikit air. Biarkan mendidih.

5--Masukkan kiub ikan bilis, bendi, tomato dan cili merah. Kacau seketika

6--Akhir sekali masukkan ikan bersama separuh lagi pati santan dan garam secukup rasa.. reneh sekejab siap....




sapa x suka kepahitannya letak aje daun kunyit ...sudah cukup....

CENCARU BAKAR DAUN MENGKUDU

bahan-bahannya,

4 ekor cencaru sederhana saiz
1 sudu serbuk kunyit
sedikit garam

10 helai daun mengkudu yg muda
2 helai daun kunyit
1/ biji kelapa diparut
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh jintan manis
7 biji cili padi - ikut suka
5 ulas bawang merah
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
2 sudu besar udang kering (guna udang kepal)
sedikit gula
garam secukup rasa

caranya,

1- bersihkan ikan...belah belakang ...lumur kunyit dan garam ...ketepikan

2- potong halus daun menguku dan daun kunyit....

3- cili padi,bawang,jintan,air asam jawa,kelapa parut kisar halus....campurkan gula,serbuk pati ikan bilis,udang kering ,serbuk kunyit dan garam secukupnya.

4- masukkan daun yg dipotong dan gaul sebati...

5- sumbat dam ikan dan bakar..hingga masak

6- hidang dgn sambal kica/air asam boleh aje....


*** daun kunyit saja pun boleh ...wangi.... selain tu daun kaduk pun sedap***



SAMBAL TUMIS SOTONG

Bahan-bahan,
1 kg sotong sederhana besar

dikisar halus,

2 bj bawang besar
5 ulas bawang putih
15 tangkai lada kering

1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
3 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar air asam jawa
gula dan garam secukup rasa
1 senduk minyak masak utk menumis

Cara-caranya,

1- Sotong dibersihkan & dipotong

2-Lada kering,bawang besar dan bawang putih di kisar halus.

3-Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga betul2 masak lebih kurang 15minit. masukkan sos tomatodan air asam jawa.keringkan sedikit

4-Masuk sotong dan gaulkan rata. Masuk pula ,serbuk pati ikan bilis garam & gula secukup rasa.

5- bila sotong masak terus jer angkat...nanti kecut sangt sotong tu.....




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net