Want your
own Fotopage?








 


By: HanAz ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 3-Jul-2009 12:15 Email | Share | Bookmark
menu berbuka lagi...




aduh....siap juga ari ni org pasang alarm kat rumah kita ni...3 hari dok dengar bunyi bising. bunyi tu tak ape lagi tp yg tak tahan rumah habis berdebu sebab tebuk sana sini...alhamdulillah petangnyer dah siap dan alarm pun dah berfungsi....x ler takut sgt kalu abg gi kursus ke atau gi mana2...tak pe la tinggalkan crite alarm tu ya....

semalam ada orang hantar durian seguni jugak la....durian kampung....dah buka semua tu tengok isi yg elok2 tu asingkan untuk anak...isi yg lembik2 tu semua dibuang bijinya letak dlm bekas bekukan dalam peti ais...jadi dah ada durian ni teringin la nak buat kek durian...selalu buat guna perasa tiruan jer kali ni guna fresh durian....x rugi buat sebab semua suka.....terasa duriannya yg berkrim tu dan kelembapannya memang la dah jelas .....



KEK DURIAN LEMBAB

bahan2nya,

1 cawan isi durian
1 cawan susu segar
1 cawan mentega cair
3 butir telur gred A
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu soda
1 sudu serbuk penaik

cara2nya,

1 - telur dipukul dengan gula hingga kembang
2 - satukan tepung dengan soda dan serbuk penaik dan ayak 3 x
3- satukan susu ,mentega cair dgn durian,
4- masukkan tepung dan durian berselang seli kedalam telur yg dipukul tadi
5 - kacau sebati dan masukkan dalam loyang yg telah digriskan
6- bakar hingga masak
----ni sesaja buat ala2 marble-- bahagi 2...satu bahagian letak warna kuning pastu letak dlam loyang bulat selang selikan dia...jadik la



kalau ader sesapa nak gelak tu gelak la.... memang agak kelakar bubuh nama sosej yg digulung dgn roti dan celup tepung ni....sebenarnya x tahu nak bagi nama apa tetiba abg we cakap roti dalam selimut....jadi demi menghormati pendapat anak tu maka nama tu la diabadikan pada roti ni....rasanya enak sebab lembut sosej kat dalam tu dan rangup tepung kat luar tu....ala lebih kurang roti gulung sebelum ni jer



SOSEJ DALAM SELIMUT

bahan2nya,

10 pcs sosej
10 keping roti

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung goreng adabi
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit garam
air secukupnya

minyak untuk menggoreng

caranya,

1- gelek nipis roti dan letakkan sosej dan gulung...gamkan dgn tepung gandum yg dibancuh dgn sedikit air.
2- ulang hingga habis.ketepikan....panaskan minyak
3- dalam bekas lain masukkan tepung beras,tepung goreng adabi dan garam serta sebuk lada hitam...masukkan air sedikit2 hingga jadi batter...(cam nak goreng pisang tu)
4- celupkan roti dalam batter tadi dan goreng hingga garing...
5- angkat dan hidangkan dgn sos....ape-ape ajelah....


ni pulak lauk untuk berbuka....simple jer...


SAMBAL UDANG MASAM MANIS

bahan2nya,

udang segar 250 gm (sederhana besar)
1 labu bawang besar dipotong bulat dan nipis

7 biji cili kering (rendam dulu)*
1 biji tomato*
3 ulas bawang putih*
3 biji bawang merah*
1/2 cawan air*
2 sudu besar minyak
1 sudu besar gula
1sudu besar air asam jawa
garam secukup rasa

caranya,

1- kisar halus bahan bertanda *
2- panaskan minyak dan tumis bahan kisar
3- masukkan air asam jawa,gula dan garam secukup rasa
4- biarkan kering sedikit dan masukkan udang
5- biar seketika dan masukkan bawang besar.
6- biar kering sikit...angkat dan hidang




DAGING CENDAWAN BERKICAP

bahan2nya,

300 gm daging(hiis nipis)
1 tin cendawan butang (belah 2
2 inci halia dihiris halus
4 ulas bawang putih
2 labu bawang besar dihiris nipis
1 sudu lada hitam ditumbuk kasar
2 biji lada merah dibelah 4
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh jintan manis
sedikit daun sup
3 sudu besar minyak

caranya,

1- panaskan minyak dalam kuali
2- masukkan daging...biarkan kering air dan garing sedikit
3- masukkan semua bahan lain kecuali cendawan
4- kacau sebati dan masukkan cendawan dan biarkan seketika
5- tutup api....masukkan dlm pinggan,tabur daun sup dan hidang

---daging ni memang kering jer---




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net