By: HanAz ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 27-Jun-2009 00:25 Email | Share | Bookmark
simple tp bangkit selera



kemarin mula tu puasa gak sampai kol 11 pg...pas tu memang x sihat rasanya maka nak kena makan ubat jd x tergagah lah nak terus puasa...jd buka puasa awal la telan ubat demam n batuk jd mengantuk sgt...tidur kejab....
tengahari bagun pun x masak nasi...dgn pening2 lalat gi dapur selongkar almari ader la pasta reben sebungkus terus la masak ...buat 1/2 jer...yg tu jer la msak...
kena gi cari kat kedai jugak ler
ptgnyer dah rasa sihat sikit....mula la gatal tangan ni nak buat sesuatu sambil2 lepak kat depan umah jd dok pikiaq2 dah lama sungguh x buat kuih siput nih...jd bahan ader on ajelah...karipap mini ari tu pun ader sikit jer lagi....buat dan dok gentel2 spai 2 jam pas tu goreng pas tu x sapai 20 minit dah klear .... ....malamnye masak simple2 jer la..masak nasi sikit n buat ketam bersos ...yg tu jerk malas dah arrrrrrr nak masak...tu pun untuk ayah n anak2nyer...ibunyer x makan.....diet tp dok gitu gak ler



PASTA GORENG BAYAM MERAH

bahan2nya,
1/2 bungkus pasta(hanaz guna yg cam reben tu)
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak
1 jag air

5 ulas bawang putih ditumbuk halus
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos cili
(hanaz tambah 2 sudu pes cili bg pedas)
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 cawan stok ayam
garam/gula secukup rasa
2 sudu besar minyak

udang/ayam/sotong
bayam merah (ltk le byk mana yg nak)
sikit daun sup
bawang goreng

caranya,

-- jerang 1 jag air sampai mendidih...masukkan garam dan minyak...kemudian masukkan pasta celuh hingga lembut dan toskan.

-- panaskan minyak.
-- tumis bawang putih hingga wangi masukkan tomato puri,sos cili,pes cili dan biar hingga kering
-- masukkan stok ayam,serbuk pati ayam,udang/ayam/sotong dan didihkan sebentar
-- masukkan semua perasa
-- masukkan bayam dan pasta...sebatikan
-- bila masak hidang dan tambah dgn daun sup dan bawang goreng..




KETAM GORENG BERSOS

bahan2nya,

5 ekor ketam sederhana besar *
1 sudu teh kunyit*
1 sudu teh garam*
1 sudu besar tepung ubi*
minyak untuk menggoreng

bahan tumis,
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 inci halia ditumbuk halus
1 labu bawang besar dihiris kasar
1 biji tomato belah 4
4 sudu sos cili
1 sudu pati ayam
garam secukup rasa
daun sup
1/2 cawan air

caranya,
--- panaskan minyak
--- campurkan semua bahan bertanda * dan goreng garing dan toskan

--- buang sikit minyak goreng ketam td dan tinggalkan hanya lebih kurang 2 sudu besar dan tumis bawang putih hingga wangi
--- masukkan semua bahan lain dan kacau sebati.
--- tuang atas ketam dan hidangkan....




KUIH SIPUT RANGUP

bahan2nya,

3 cawan tepung gandum,
2 sudu besar udang kering ditumbuk halus (ikan bilis pun ok gak)
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
5 biji bawang merah ditumbuk halus
1 sudu teh jintan manis ditumbuk halus
2 sudu besar mentega/marjerin/minyak sapi
1 sudu serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh gula
sedikit garam(kalau nak masin....)
1 sudu besar serbuk cili
daun sup/daun kari di hiris halus
1 biji telur

air secukupnya
minyak utk menggoreng

caranya,

---- campurkan semua bahan dan masukkan air sikit2 dan uli hingga jadi doh yg kental
---- ambil secubit dan tekan pada acuan kuih siput.
---- ulang hingga habis doh
---- panaskan minyak dan goreng hingga garing kekuningan
---- angkat dan tos
---- bila sejuk simpan dlm bekas kedap udara



indah sungguh suasana pagi,
kicauan burung menambah seri,

untuk sahabat jgnlah menyepi,
kehadiran kalian amat dinanti


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net