By: HanAz ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Jun-2009 04:55 Email | Share | Bookmark
cuba buat.....

assalamualaikum............ ....muka x padan dgn badan....pinjam jab...

emmm....semalam teringin nak cuba buat cheese cake...maka projek pun berjalan ler...dan ni la hasilnya...kurang memuaskan hasil kerja tangan hanaz ni...kena belajar lagi ya...sedap tetap sedap dan gebussss..
sesaja la buh perasa strawberi ni sebab anak suka ...kejab jer abis sebenarnya



STRAWBERRY CHEESE CUP CAKE

Bahan-Bahannya
130 g mentega
130 g cream cheese
170 g gula perang (brown sugar)
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
260 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*

Cara
1. Pukulkan cream cheese, mentega dan gula perang hingga putih,
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan masukkan perisa ape pun
3. Masukkan tepung . Gaul rata.
4. masukkan adunan dalam kertas cupkek...bakar hingga masak

ni lak laksa...ptg semalam terasa nak makan laksa ...ikan dah ader jd on aje...telur pun tak letak sebab x tgah rebus masa snap pic ni...heheheh x sabo nak makan laksa kedah or penang sama jer




Laksa Kedah - cara hanaz ler

Bahan-Bahan:
1 pkt laksa (rendam dulu . laksa akan mudah lembut bila di rebus) kalau nak senang ade yg segera

1/2 kg ikan sardin/selayang - di rebus dan asingkan isinya dan mesin halus...tulangnyer pun mesin dan tapis

-2 labu bawang besar
-1 sudu makan belacan
-6 sudu makan cili kering (buang biji) - nak pedas tambah
(3 bahan diatas dimesin )

1 batang bunga kantan (dibelah empat)
5 keping asam gelugur
1 tangkai daun kesum
1 btg serai diketuk sikit
6 gelas air
Garam secukup rasa
sedikit serbuk perasa

Ulam
1 biji timun (dihiris)
sedikit daun salad (dihiris)/kubispun boleh
1/2 labu bawang besar (dihiris)
telur rebus
biji limau
cili besar/cili padi

Cara:
-- masukkan cili yg telah dimesin dan asam gelugur.dalam periuk.didihkan.
-- masukkan ikan,tambah air, daun kantan, serai,daun kesum,serbuk perasa dan garam.didihkan hingga masak ..dan terasa masamnya.
-- Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas2 , letakkan ulam-ulaman.dah siap utk dimakan.



dok sesaja belek2 majalah saji lama jumpa la tentang microwave ni... rasanya semua orang sekarang ni ade kar dapur ...maklum la zaman moden...canggih..semua nak cepat kan.... hanaz pun ader sebijik kat dapur tuh....sebenarnya pakai masak pakai microwave oven (MO) ni cepat n ringkas...
tp ader keburukannya...takut lak bila baca kat internet tentang keburukkan penggunaan MO nih....


ni sesaja nak kongsi tentang MO nih...
sumber dari saji januari 2005

gelombang yg dihasilkan oleh kMO boleh diibaratkan sbg gelombang cahaya dan bunyi. gelombangnya x sama dgn gelombang sinar x @ sinar ultra violet. gelombang yg dianggap sbg radiasi magnetron yg dialirkan melalui udara.oleh itu penggunaan BEKAS LOGAM YG DIPERBUAT DR BESI,ALUMINIUM, ALOI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SBG BEKAS MEMASAK....kerana gelombang x bleh menembusinya.
pantang kalau nak guna MO...


jenis2 bekas yg dibolehkan,
-- bekas kaca yg tahan panas yg boleh dimasak atas dapur biasa mcam CORINGWARE da CORELLE.
tp kalau ade sadur besi ke...aloi..alu ke x leh guna dah
-- gunakan bekas plastik yg khas ada jual kat pasaraya...selalunya kat belakannya ade tulis MICROWAVE SAVE tp ada suhu tertentu gak...
-- MELAMINE DAN TUPPERWARE CUMA BOLEH UNTUK JANGKA PENDEK
-- kertas tisu dan cawan kertas boleh guna tp kalau cawan kertas yg disalut lilin x bleh guna sebab akan cair...
-- kain kapas dan linen yg digunakan sbg pengalas makanan seperti utk hangatkan makanan boleh digunakan.
-- bekas porselin dan seramik tahan panas boleh digunakan juga...


tip ringkas kalau nak masak dgn MO

- tuangkan air ataupun air stok yg byk bila nak masak sayur kerana gelombang boleh mengeringkannya.
- boleh rebus telur dan letakkan dlm bekas berisi air tp retakkan telur tu sikit elak dr meletup.macam tu jugak kentang atau tomato kelar sikit.
- makanan yg ada gula ke lemak cepat masak kerana gelombang bertindak cepat dgn gula dan lemak...
jika nak panaskan kek atau pai eloknyamasuk dlm bekas yg ada penutup atau tutup dgn kain kapas atau tisu rol....beberapa saat jer dah panas
-- ketulan daging atau ayam kena diterbalikkan agar masak sekata..gelombang hanya boleh menembusi ketebalan daging 4 cm jer...
-- menggoreng dgn monyak byk tidak digalakkan takut terbakar.
-- menutup makanan dgn menggunakan plastik,kain.tisu rol mempercepatkan proses memasak dan mengekalkan kelembapan makanan.
-- bagi proses memasak rempah biji seperti jintan dan ketumbar sebaiknya letak atas piring kertas...begitu juga dgn biji gajus atau kacang
-- boleh cairkan mentega,coklat dan gula..merebus dan membakar pun boleh aje
-- tindakan aliran gelombang lebih berkesan pada bahagian tepi berbanding tengah...oleh itu kebiasaan daging atau ayam akam masak bahagian tepi dahulu
..


ni hanaz punya microwave dah 3 tahun guna...

ni pulak keburukkan menggunakan MO sumbernye http://popcorn-km.blogspot.com

Microwave oven (MO) boleh dikatakan ada di setiap buah rumah di Malaysia. Kesan dari penggunaan MO telah banyak didokumenkan.

Satu kajian di Switzerland diketuai oleh saintis makanan dan biologi Dr Hans Hertel telah mengenalpasti kesan makanan MO. Selama lapan minggu, lapan orang telah ditempatkan ditempat persekitaran terkawal yang sama dan diberi makanan mentah, masak secara biasa dan makanan MO. Sampel darah diuji selepas setiap jamuan. Makan MO menyebabkan perubahan ketara pada sifat kimia darah.

Satu lagi kajian di Stanford University mengkaji kesan susu ibu MO. Salah seorang ketua saintis itu berkata “Dengan MOkan susu ibu, walaupun di seting pada tahap rendah, tetapi masih boleh memusnahkan beberapa ciri keupayaan melawan penyakit”. Mereka mengesahkan selain daripada memanaskan, ada banyak perubahan yang mencurigakan berlaku pada komposisi susu.

Pada awal 1991, satu saman mahkamah telah dikenakan pada hospital Oklahoma USA setelah seorang pesakit mati kerana diberi darah yang telah dipanaskan dalam MO.

Di Rusia, MO diharamkan pd tahu 1976 kerana kesan negatif pada kesihatan.

Beberapa kesan menggunakan MO :-

- memakan makanan yang dimasak dalam MO menyebabkan kerosakan sel otak secara “memintas putus” impuls elektrik dalam otak

- pengeluaran hormon lelaki dan wanita berkurangan atau berubah jika mengkonsumi makanan MO berterusan

- mineral, vitamin, dan nutrien dalam semua makanan mO berkurangan atau berubah , oleh itu badan kita tidak dapat sebarang kebaikan daripada makanan tersebut

- mineral dalam sayuran berubah menjadi radikal-bebas penyebab kanser
- makanan MO menyebabkan tumor kanser perut dan lambung

- penggunaan berterusan makanan MO menurunkan sistem imun

-penggunaan makanan MO menyebabkan kehilangan memori, penumpuan, ketaksatbilan emosi, dan penurunan kepintaran.

- MO mengubah bahan makanan, menyebabkan masalah penghadaman

- makanan MO kehilangan 60 hingga 90 % gelombang tenaga penting dan MO memecutkan disintegrasi struktur makanan

- makanan MO mengurangkan kebolehan badan kita mengambil vitamin B-komplex, vitamin C, vitamin E dan mineral esential dan lipotropik

...takut la kan bila dah tahu fakta ni...tp nak wat camner dah ader kat umah guna la...beli mahal2 x guna rugi tp bila pikir bab memudaratkan kesihatan ni tahu....

dulu2 guna dapur kayu jer...

terima kasih dain keladi.. :jumpa dilain entry.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net