By: HanAz ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Jun-2009 04:18 Email | Share | Bookmark
sarapan atau minum petang....?

SEMOGA SEMUA DARI DIKA SENTIASA SIHAT...BAHAGIA...DAN SENTIASA DIBAWAH LINDUNGANNYA...

ni semua untuk brekpes ke untuk minum sambil makan petang2 ker...buleh belaka.....


roti ni sebenarnya tgok kat fp kak madiha....ambik caranya tp tukar sosej tu dgn isi ketam tiruan tu....cheese pun x bubuh...ringkas sesangat ler tp tetap sedap.....tq kak sebab bg inspirasi nie... pas tu goreng tergaring cikit....
anak2 suka sangat....sebenarnya dah buat yg buh sosej tp abg we n ude ariz dah angku gi sekolah abis..ni kira edisi kedua dah.....

ROTI KETAM GULUNG

bahan2nya,
10 keping roti sandwich
10 batang isi ketam tiruan (ape2 aje la yg sewaktu dgnnya)
2 biji telur
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh pati ikan bilis
serbuk roti secukupnya

caranya,
- gelek roti bg mampat.
- kukus atau rebus sekejab isi ketam
- telur dipukul bersama serbuk lada hitam dan serbuk pati ayam
- isi ketam diletakkan atas roti dan gulung lekat kan dgn tepung gandum yg dibancuh dgn air sebagai gam
- celup dalam telur gan golekkan atas serbuk roti .
-goreng hingga kekuningan...tos dan hidangkan dgn sos or ape aje yg sedap...




ni pula roti telur yg ibu buat khas untuk ayah ....biarpun ringkas tp ayah kata sedap....selalunya x letak bawang & cili potong sebab anak ibu x suka tp kalau untuk ayah memang best katanya....

ROTI TELUR BERBAWANG

bahan2nya,
4 keping roti sandwich
2 biji telur
1 labu bawang besar dipotong nipis
2 biji cili merah dipotong kecil/dadu
sedikit garam
sedikit jer minyak untuk menggoreng

caranya,
- pukul telur,masukkan garam dan bawang serta cili
- panaskan sedikit minyak dalam kuali (akak guna kuali nonstik)
- ambil roti dan celup dalam telur..masukkan dlm kuali.ambil la bawang n cili letak atas roti bagi
byk dan nampak cantik gitu...
- hidang dgn sos.




ni karipap pusing yg dibuat semalam untuk buka posa..sealam...biasa la posa ganti

KARIPAP PUSING

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )
sumber -myresepi

*Doh berminyak* :
150 gm (margerin + crisco)..shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
300 gm tepung gandum
....................................
*Doh biasa*:
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.

Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.

Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.

Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.

Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.

Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).

Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa. goreng hingga kekuningan.
..


cinta hati pengarang jantung
jangan jemu wahai pengunjung.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net