By: HanAz ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 10-Jun-2009 05:45 Email | Share | Bookmark
yang pedas dan mengancam rasa



ni semua masakan yg kak hanaz masak untuk lunch dua h.....ari lepas dan ari ni kat kg tapi x sempat nak upload.....
sekarang santai sikit jadi sempat la tempek kat fp nih.....
boleh dikatakan masakan ni memang menjadi kegemaran keluarga terutama kari daging nangka.
gulai rebung dan gado-gado ni air tangan CHE MANIS MAN tok abg we dan ude ariz....
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


sambal ikan bilis....kegemaran abg we....kekadang dia makan gitu jer...

SAMBAL BILIS KERING

bahan2nya,

200gm ikan bilis (saiz kecil)
2 labu bawang besar - tumbuk halus
3 ulas bawang putih tumbuk halus
50gm cili kering - kisar halus
1 sudu besar air asam jawa
minyak utk menggoreng
gula dan garam secukup rasa

cara2nya,
1- ikan bilis dogoreng garing dan ketepikan
2- panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bawang hingg NAIK BAU DAN MASUKKAN CILI KISAR...masukkan air asam jawa dan biarkan kering
3- masukkan gula dan garam serta ikan bilis.kacau sebati....hidang
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


ikan pekasam goreng garing gini memang peberet ibu tau.....

1 ekor ikan pekasam
1 labu bawang besar di hiris
3 ulas bawang putih dihiris nipis
2 batang serai dihiris nipis
2 tangkai cili kering dipotong kasar

caranya,
- panaskan minyak...goreng ikan pekasam hingga garing...angkat
- dlm minyak td masukkan semua bahan lain goreng hingga naik baunya dan angkat dan tuang atas ikan pekasam td....

*kekadang tu terus goreng semua skali jer*
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


nyum..nyum....kari daging dgn nangka ni semua suka

KARI DAGING DGN NANGKA

Bahan-bahan
500 gm daging batang pinang potong kecil
500 g nangka muda,direbus dulu dan toskan
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa

1 1/2 peket kecil rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar kerisik
1 cawan air
-----4 bahan ni di bancuh dan sebatikan----

bahan tumis,
4 ulas bawang merah dihiris halus
4 ulas bawang putih dihiris halus
2 inci halia dihiris halus
2 tangkai daun kari
1 btg kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang dan cengkih

3 sudu besar minyak untuk menumis

cara membuatnya,

1-- panaskan minyak dalam kuali(saje guna kuali senang nak kacau)
2-- tumiskan semua bahan tumis hingga wangi
3-- masukkan rempah yg dibancuh tadi dan terus masukkan daging ...biarkan daging
lembut dan kering...sedikit(pecah minyak)
4-- masukkan santan,asam gelugur dan nangka....kacau sebati
5-- masukkan garam secukup rasa
6-- biarkan mendidih dan reneh sebentar......siap




Cara-cara
Cuci daging batang pinang, cucuk2 dengan garfu dan lumur dengan kunyit dan garam. Perap 30 minit, kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit, 20 minit utk setiap bahagian daging. Bila daging cukup masak, angkat dan sejukkan. Hiris daging nipis2 dan ketepikan.
Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 800 ml air, ramas dan perah untuk santan no. 2. Ketepikan.
Dalam periuk, masukkan bahan2 ditumbuk halus, daging salai hiris, rebung jeruk dan serai. Tuang santan no. 2 dan didihkan. Gaul rata.
Masukkan asam gelugor, tuang santan no.1 dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar mendidih pada api sederhana sambil terus mengacau. Masak 2 - 3 minit lagi dan boleh matikan api..
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


gulai rebung...air tangan tok manis nie memang ummmppp



GULAI REBUNG DGN UDANG

Bahan-bahan

500 gm rebung segar - dipotong ,direbus hingga lembut dan tos
300 gm udang segar
3 cawan santan pekat
1 keping asam keping
garam secukup rasa

1 peket kecil rempah kari ikan*
1 sudu besar serbuk cili*
3 ulas bawang merah ditumbuk halus*
3 sudu besar air
-----semua * dicampurkan

bahan tumis,

3 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
2 tangkai daun kari
1 sudu teh halba
sedikit halia dicincang halus

minyak untuk menumis

cara2nya,

1-- panaskan minyak,tumis bahan tumis diatas hingga wangi ...masukkan rempah yg
dibancuh tadi dan terus masukkan rebung...kacau sebati dan biarkan kering

2- masukkan santan,asam keping,udang dan garam secukup rasa...

3- reneh hingga kering sikit...siap...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
gado-gado....pecal pun namanya....air tangan tok manis gak....

Bahan-bahan - buat siple mane yg ader je....

Telur rebus
Tauhu - digoreng dan dipotong kecil2
Kangkung (daun dan batang) - dicelur
Taugeh - dicelur
Kacang panjang dipotong kecil2 dan dicelur
Kuah kacang

-----kalau ada sayur lain tambah aje-----

Cara-cara
Sediakan semua bahan2 seperti diatas.
Gaulkan semua bahan termasuk kuah kacang di dalam sebiji mangkuk besar. Susun telur rebus di atas (a

KUAH KACANG

Bahan-bahan

1kg kacang tanah
2 batang serai
1inci halia &lengkuas-ambil airnya
3 senduk gula atau ikut suka
1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair
20 tangkai cili kering
1/3 belacan
20 ulas bawang merah kecil
3 senduk minyak masak
sedikit garam

-Cara-cara Goreng kacang dengan minyak hingga garing angkat toskan.

-Goreng cili kering, baw.merah,belacan hingga naik bau jgn lama sgt
Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja.

-Kesemua bahan ini di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.

-Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. perlahankan api.

-Masukkan gula dan garam ikut suka. manis sikit baru sedap



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net