By: HanAz ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Jun-2009 01:26 Email | Share | Bookmark
pau pandan kelapa ros & kek coklat lagi...





DOA BUAT kesayanganku abang....anak2 abg we afiq n ude ariz....moga kalian sentiasa dilindungi Allah SWT.....amin...
salam untuk semua sahabat yg singgah kat laman Hanaz.... semoga kalian juga sentiasa mendapat keberkataan dalam apa jua bidang yg diceburi........

KALI NI PUN ENTRY MAKAN LAGI
ENTRY AKAN DATANG DAH NAK PEGI JALAN2 MUNGKIN ADE CITE LAIN LA KOT

semalam dah cadang nak buat pau ikut resepi yg diambil dari buku masakkan Indonesia yg dihadiahkan seorang kawan masa kat kota tinggi dulu.....selak2 nampak resepi ni tp hanaz dan tokok tambah mengikut selera....cuma ade beberapa bahan yang dikekalkan....

jadi bangun pagi ni memang x pikir dah nak masak ape ...ikut jer perancangan semalam.....

inti kelapa ni selalu letak gula merah jd nak buat kelainan bubuh pati sirap ros dan hasilnya wangi dan enak sekali...emmmmm....

untuk dohnya sesaja tambahkan air daun pandan yg berlambak kat depan umah tu....memang sedap...kena selera lah katakan.... dgn aroma daun pisang yg dialas akan membuatkan pau jadi lebih wangi....




hasilnya sangat lembut....gebussssssssssss walaupun dah sejuk.....malah wangi sekali ....tiada was was

PAU PANDAN KELAPA ROS

bahan2nya,
4 gelas tepung gandum
1 sudu kecil action baking powder (ayak dgn tepung)
3/4 gelas air kelapa (bg suam sikit)
2 sudu kecil yis
2 sudu besar pes pandan
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar shortening
1 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil garam
sedikit pewarna hijau jika suka
daun pisang yang dipotong segiempat sama untuk alas pau

cara2nya,
- ambil satu sudu gula,cula dan bancuh dgn satu sudu air , ketepikan
- yis dimasukkan dalam air kelapa dan masukkan lebih gula tadi kdan kacau sebati
- dalam bekas lain, masukkan tepung yang telah diayak tadi,masukkan susu tepung kacau rata.
- masukkan semua bahan lain dan uli hingga jadi doh yang lembut dan kenyal...
- tutup dan biarkan mengembang 2x asalnya. (kalau doh agak keras tambahkan air sikit sampai doh lembut)
- bida dah kembang tu uli kembali dan bahagikan kepada bahagian2 kecil..
- ambil doh dan masukkan inti.
- alas dgn daun pisang
- tutup kembali dan tinggalkan hingga mengembang 20-30 minit
- kukus hingga masak

INTI KELAPA ROS

1 biji kelapa parut
1 1/2 cawan gula pasir (ikut suka nak manis ke tak)
1 sudu besar pati sirap ros (jgn penuh)
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan

caranya,
- letakkan semua bahan dalam kuali ...kacau selalu sampai betul sebati dan melekit tu
tanda dah ok....sejukkan.





ni pulak baru jer siap buat...terus upload ler dok sesaja....nak bawa gi melaka umah adik...semalam dah buat nak bawa tetapi tiba2 ade permintaan bagi yang tu dulu jd kena buar lain la...sebab anak buah 4 orang kat melaka tu suka kek coklat kali ni kukus lak.... buat satu adunan penuh lak jadi lebih tu bubuh dlam acuan muffin dan masak guna microwave jer 2 minit dah siap....sama jer .... lepas tu kali nih buat bubuh badam....

EDISI KUKUS

EDISI MICROWAVE


KEK COKLAT MOIST BERBADAM

bahan2nya,

3 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan mentega
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan gula perang
1/2 cawan badam cincang di bakar hingga kekuningan
1 cawan air panas

caranya,

- ayak tepung dengan soda dan serbuk penaik
- dalam bekas lain masukkan air panas,serbuk koko,gula perang, mentega dan susu,
kacau atas api hingga cair dan sebati biarkan hingga sejuk sikit
- pukul telur (x yah sampai kembang pun x pe)
- masukkan coklat cair tadi dan tepung dan separuh badam dan kacau sebati
- masukkan dalam acuan dan tutup longgar dengan foil aluminium agar air kukusan
tidah jatuh dalam adunan kek....
- kukus hingga masak
- sejukkan dulu pas tu tuangkan topping aras kek dan tabur badam....siap....

TOPPING

sekeping coklat masakan
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar shortening
1/2 cawan air panas

- masukkan semua dalam bekas dan masak atas api kecil hingga cair
- biarkan sejuk sikit dan pekat baru letakkan aras kek....
- topping sajer buat camni agar dia meleleh dan x beku n keras.....



KASIH SAYANG TIADA PENGHUJUNG,
TERIMA KASIH PADA PENGUNJUNG
....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net